Memaparkan catatan dengan label Hati aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hati aku. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 04, 2011

sori sayang...

bismillah n salam...

sori sayang...
so sori... ibu x sengaja...
terlepas geram pd faris...
ibu harap faris x simpan...
ibu harap faris ttp syg ibu...
ibu harap faris paham....

sori syg...
ibu syg faris....

Sabtu, Oktober 09, 2010

usia dan perkahwinan....

salam n bismillah...

lama tak menulis.. idea mencurah2...
tp selalu tak berkesempatan.... cuma arini ade yg
sgat menarik utk aku kongsi... lunch tdik ngn adik2 pegawai
( labmate ).. sembang2 pasal jodoh.. cos 2 2 still single n available,
sorg 24thn sorg 26thn.. bg aku muda lg...
smbg2.. pas2 aku ckp takpe.. jgn pk sgat... ok.. fine.. pas2 slh sorg ckp kat aku
"kzah xpe laa dh kawin..".. ooppsss!! aku ckp laa ape yg aku ckp bkn
sbb aku dh selamat mean kawin... tp dr segi logik n rasional...
sbnarnya pasal jodoh kita kena naturall... semula jadi...

bile diorg ckp cmtuh.. aku teringat aku dulu2...
mse umo2 baya diorg... aku target aku nk kahwin b4 28thn...
sbb?? aku dh ade serius BF.. aku dh lama couple ngn ~ d ! a ~...
(skg dh selamat jd suami aku ).. tp hubungan kami mmg selalu berGELORA..
mcm smua org tau.. aku sll on off ngn ~ d ! a ~.. n smp 1 mse dia ckp dia dh
xde perasaan kat aku... what??? tp.. aku positive.. ok.. fine...
(mse tuh umo aku 27thn)..

then, mse tuh aku dh pdah HKL.. aku mula kn hidup bru...
semangat bru.. aku lupa kn ~ d ! a ~.. aku psg azam bru....
aku akn kahwin sblm 28thn.. klu x.. aku dh xnak pk pn pasal KAHWIN..
dan.. aku pn start enjoy since 11 disember 2007..
thn bru 2008... aku start enjoy n menikmati hidup aku..
tenang.. enjoy.. gembira...
bersma klik2 akuu.. ziana, wsu, mai, nad n my 4eva bespren gee n ida..
kami travelling.. 1st trip.. genting highland.. pangkor... PD.. tioman...

dan, tetiba... bln5 thn tuh jgak.. ~ d ! a ~ come n proposed me...
sedang waktu tuh aku ter sgat happy ngn life aku...
aku dh x pk pasal couple kawin bf or or yg swakru ngn nye...
dan... dgn ajaib nyer aku terima...
(mgkin sbb termakan kata2 anat, "kzah, klu dh mmg jodh kzah ngn dia..
samaada kzah nk kawin ngn dia skg @ kzah nk kawin ngn dia mse kzah janda"..
what?? JANDA??.. ohh ohhohh.. no.. aku nk kawin skali jer dlm idup aku.. insyaAllah..)

jd... 28 june 2008.. sah aku menjadi isteri org...
shock!! mmg shock.. sbb dgn mendadak terPAKSA settledown
smua xtvt life aku..... oh.. aku terpaksa tgal kn semua...
SEMUA... semua yg aku suka.. SEMUA...

jd.. apa yg penting mse bujang.. mse tidak berpunya nih..
cari lah.. buat laa.. kumpul laa apa jua yg jd kesukaan anda..
apa jua.. kerana apa yg anda dapat itu juga adalah sbnarnya
KEBAHAGIAAN yg tiada bandingan....

amin.

Jumaat, September 17, 2010

harapan....

salam n bismillah...

nih adalah harapan ikhlas dr hati aku untuk suami aku.. En Ahmad Firdaus Bin Jamil.
untuk pertama kali nyer aku publish apa aku rasa n aku nak....
wlaupn nih aku copy n paste dr blog sahabat aku ( krdt utk Rumiza Rashid )...
aku amik mana yg kena ngn kehendak aku...

Ini ditulis oleh Dr Mohd Fadhilah Kamsah. Bukan aku yang tulis ye. No offense!


2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan.”

Semoga Allah s.w.t merahmati rumahtangga kami...